Setiap
pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah
mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mungkin sekadar kenal
satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika
dan hutan gunung. Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula
jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.
Jenis
tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor
utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu,
hujan). Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu
kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab. Begitu
juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak
mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.
Taburan Tumbuhan Semulajadi Dunia:
1. Hutan Hujan Tropika
Taburan hutan hujan tropika dunia
Lapisan-lapisan hutan hujan tropika
Lantai hutan yang jarang - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut
Akar banir
Bunga Pakma @ Rafflesia - bunga terbesar di hutan hujan tropika tetapi awas...busuk!!
Tumbuhan epifit terbesar di hutan hujan tropika - orkid harimau @ Bunga Puteri @ Grammatophyllum Speciosum
Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil