Friday 15 March 2013

CARA MENBINA KAWASAN KAJIAN

Cara membina kawasan kajian

rasa pelajar sudah sampai ke kawan kajian dalam membina KKG 2013..Bagaimana kita hendak mendapat markah penuh 8 markah..banyak ni. 1.Kawasan kajian : pilih contohnya Pekan Batu Gajah, Perak

• Lokasi kawasan kajian : Lokasi kawasan kajian saya terletak di antara Pekan Pusing dan Ipoh.


• Pandang darat fizikal: Terdapat beberapa ciri fizikal contohnya sungai dan hutan
kawasan kajian
• Jarak dari bandar / : Jarak bandar ini dengan bandar terdekat ialah 6km dan bandar Ipoh
pekan terdekat              ialah 25km
     Buat dalam perenggan pendek, pelajar hanya perlu memilih 3 sahaja ( ini yang paling mudah ). Disini pelajar sudah layak mendapat 2 markah.

2. Membina Peta Daerah / Peta kawasan kajian

Pelajar boleh buka : http://pdtbatugajah.perak.gov.my/a atau http://www.maplandia.com/malaysia/perak/batu-gajah/#map

untuk mendapat peta dan masukkan tajuk dan arah mata angin..pelajar layak mendapat 2 markah...lihat peta dibawah


Tajuk : Peta Daerah Batu Gajah atau kawasan Batu Gajah
Tajuk : Peta Lakar Daerah Batu Gajah

3. Bagi Peta lakar..seharusnya peta ini dilukiskan oleh pelajar dengan memasukkan arah mata angin, petunjuk, tajuk  dan kotak..


Boleh mencuba untuk bahagian ini sekarang..rujuk guru geog sekiranya ada masalah

 

Thursday 14 March 2013

PETA DAN GEOGRAFI

Peta Malaysia dan dunia
Lukis peta
Latihan peta 2011

CARA MENGINGATI FAKTA GEOGRAFI


CARA MENGINGATI FAKTA GEOGRAFI (TINGKATAN 1)
Cara mudah mengingati fakta geografi (Tingkatan Satu)

1. Susunan arah mata angin (Dari atas;Mengikut arah putaran jam).
Ulam-Timun-Sambal-Belacan (Utara-Timur-Selatan-Barat)

2.Arah terbit dan terbenam Matahari.
Arah terbit: Terbit -T - Timur
Arah terbenam: Benam -B- Barat

3.Susunan Banjaran di Semenanjung Malaysia. (Dari atas ke bawah)
Nak - N - Nakawan
Kahwin - K - Kedah-Singgora
Balik - B - Bintang
Kampung - K - Keledang
Tanya - T - Titiwangsa
Bapa - B - Benom
Tanya - T - Tahan
Penjaga - P - Pantai Timur

4.Tempat Anjuran Bagi GLM (Gunung Lipat Muda)
Anjuran GLM: Pusaran Pamir - Pamir(Pameran) - Bayangkan kalau buat pameran pakaian (peragawati) semua muda, tiada yang tua.
Jadi Dataran Tinggi Yunnan pula mestilah anjuran Gunung Lipat Tua.

5.Ciri-ciri Gunung Lipat Muda & Gunung Lipat Tua
Ciri-ciri Gunung Lipat Muda: ciri-ciri orang yang muda - tinggi, aktif (gunung berapi & gempa bumi), kasap, terbentuk kurang dari seratus juta tahun dahulu
Ciri-ciri Gunung Lipat Tua: ciri-ciri orang tua - rendah, kurang aktif, terbentuk lebih seratis juta tahun dahulu.

6.Susunan Musim (Hemisfera Utara) Mengikut Urutan
Balai-Polis-Lorong-Senaling (Bunga-Panas-Luruh-Sejuk)

7.Tarikh (Hari&Bulan) Bagi Musim
Bulan - Sifir 3 - 3-6-9-12 (Mac,Jun,September,Disember)
Tarikh - Tidak lari daripada 21 haribulan; letak semua 21 pun takpe, cikgu sye kata boleh dapat jugak markah

8.Pancaran matahari sewaktu Solstis Musim Panas & Solstis Musim Sejuk
Solstis Musim Panas - Garisan Sartan (S) Solstis Musim Sejuk - Garisan Jadi (J)
(S) - Seremban (J) - Jaya
PS: Pancaran Matahari Pada Garisan Dalam Buku Teks Geografi Tingkatan Satu sebenarnya terbalik; Solstis Musim Panas - Garisan Sartan dan Solstis Musim Sejuk - Garisan Jadi

9.Tarikh mula dan akhir Angin Monsun Timur Laut, Angin Monsun Barat Daya
Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac (N-M)
Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September (M-S)
(N-M-M-S) : Nak-Makan-Mi-Sup (Ingat! Timur Laut dulu baru Barat Daya)

10.Waktu berlakunya Bayu Darat & Bayu Laut
Bayu Laut - Laut - terdapat hanya satu huruf (a) dalam perkataan (Laut)- Waktu: Siang/Pagi - perkataan (siang/pagi) hanya memiliki satu huruf (a)
Bayu Darat - Darat - terdapat dua huruf (a) dalam perkataan (Darat) - Waktu: Malam - perkataan (malam) memiliki dua huruf (a)

Saya harap Info ini dapat memudahkan sedikit sebanyak dapat membantu kamu semua untuk menjawab soalan Geografi. Bagi sesiapa yang ada info yang lebih ringkas lagi, sila postkan untuk berkongsi ilmu dengan lebih luas. Embarassed



Monday 4 March 2013

FLORA & FAUNA

Setiap pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mungkin sekadar kenal satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan gunung. Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.


Jenis tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu, hujan). Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab. Begitu juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.


Taburan Tumbuhan Semulajadi Dunia:

1. Hutan Hujan Tropika





Taburan hutan hujan tropika dunia






Lapisan-lapisan hutan hujan tropika






Lantai hutan yang jarang - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut













Akar banir


Bunga Pakma @ Rafflesia - bunga terbesar di hutan hujan tropika tetapi awas...busuk!!
Tumbuhan epifit terbesar di hutan hujan tropika - orkid harimau @ Bunga Puteri @ Grammatophyllum Speciosum










Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil